Ameng Terdesak, Kini Buat ‘Show Virtual’ RM1 Melalui AVOL

“Memang saya terdesak. Kemudian, kita pula tak boleh buat apa-apa,”.

Demikian kata penyanyi Ameng Spring mengulas kewajarannya untuk menyanyi secara langsung

menerusi Facebook Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1 daripada peminat.

Ameng berkata, bukan setakat terdesak mencari wang, tetapi banyak faktor membuatkan dia setuju menerima tawaran itu.

“Seperti yang saya katakan, pertamanya saya terdesak. Keduanya, saya duduk rumah pun  tak buat apa-apa.

“Saya dah cuba berniaga macam-macam, tapi tak menjadi. Cuba buat itu dan ini pun, tapi tak ada juga orang nak beli. Apabila penyanyi Fredo tampil dengan idea ini, ia sesuatu yang baik.

Dia tawarkan peluang ini dan saya terima kerana kami sering buat show bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, saluran AVOL adalah idea Fredo bersama Jatt dan Hasnol serta sudah dimulakan sejak 2 Jun lalu.

“Bila dah berjalan dan dapat kutipan yang baik, mereka terfikir nak pelbagaikan artis kerana program bersiaran secara langsung setiap hari, bermula jam 5 petang.

“Saya tampil menyanyi hari ini selama sejam setengah. Nyanyian saya, boleh ditonton di page AVOL tanpa had.

“Ada juga kapsul aktiviti dan berinteraksi dengan peminat. Kiranya program ini lebih kepada pengisian ketika sekatan pergerakan penuh (SPP),” katanya.

Ameng juga berkata, 14 hari SPP sebenarnya bukanlah satu tempoh yang singkat dan ia amat membosankan.

“Rasanya sama macam duduk dalam penjara. Satu hari, macam rasa sebulan dan makin lama duduk rumah pun bosan juga.

“Dalam hal ini, duit jatuh nombor dua kerana ia hanya pengisian buat masa sekarang. Apapun, kita tahu dah habis SPP nanti suasana pasti akan rancak kembali.

“Kita dah pernah lalui situasi ini dalam fasa terdahulu. Lainlah PKP Bersyarat, saya tak kisah sangat kerana boleh juga keluar rumah,” katanya.

Menurut Ameng lagi, RM1 untuk menonton hanya syarat dan sekiranya peminat menyumbang lebih dari itu, amat dialu-alukan.

“Sekiranya bagi lebih, lagi bagus. Yang penting, mereka (penonton) ikhlas. Kalau tak bagi pun tak kisah dan mereka tetap boleh tengok. Tapi, apa salahnya bagi RM1 sahaja. Apapun, saya percaya masyarakat kita bukan jenis yang berkira,” katanya.

AVOL kumpul dana bantu artis

Konsert secara maya, Artiste Voice Of Legend (AVOL) yang berlangsung setiap hari bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu rakan-rakan artis yang terkesan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Kongsi salah seorang ‘orang kuat’ AVOL, Hasnol, konsert yang diadakan setiap hari pukul 5 petang itu membariskan penyanyi-penyanyi ‘otai’ yang sanggup turun padang bagi menghiburkan pelayar Facebook sambil menderma.

“Sebenarnya ini adalah idea Fredo. Dia yang mula-mula menggerakkan usaha untuk menghibur sambil menderma ini. Jadi saya fikir apa salahnya untuk kita menghiburkan pelayar Facebook dan dalam pada masa yang sama mengumpul dana.

“Setakat tujuh hari konsert, sambutan dan kutipan sangat menggalakkan. Fredo pun pesan, jangan minta lebih. Cukup RM1. kalau ada yang beri lebih, itu terpulang kepada keikhlasan hati mereka. Ap yang penting, kita buat kerja seikhlas hati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Konsert yang bakal berlangsung hari ini membariskan nama-nama besar antaranya, Jatt Ali, Ibnor Riza, Fredo Flybaits, Ameng Spring, Salimah Mahmood, Ramziela dan Hasnol sendiri.

Tambah penyanyi Laguku Untukmu itu, pada permulaannya, AVOL hanya disertai dua orang penyanyi namun, hari demi hari, ramai rakan artis yang menyatakan kesudian untuk menyumbang suara untuk konsert tersebut.

“Ini adalah salah satu usaha murni Fredo untuk mengumpul dana bagi membantu artis-artis yang dalam kesusahan. Malah, konsert ini juga memberi mereka peluang untuk melepas rindu menyanyi dan dalam pada masa yang sama berkongsi rezeki.

“Konsert virtual ini bukan hanya ditontoni oleh rakyat Malaysia sahaja tau. Malah, ada juga pelayar daripada negara jiran, Indonesia dan Singpaura. Malah, ada juga mereka yang menetap di Australia, Amerika Syarikat dan negara Eropah,” kongsinya.

Peminat boleh melayari laman Facebook Artiste Voice Of Legend (AVOL) untuk menyaksikan konsert secara maya mereka.

Sumber: UM/HM

Tengok Artis Pujaan Tembam – Zizan Paling Comel.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker