Isu feri usang: DAP kata MCA akan tenggelamkan semua orang
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus Chris Lee membidas MCA berkaitan kepimpinan pemimpinnya dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
Tindakan itu dibuat selepas tercetus perang mulut antara kedua-dua parti selepas tersebar gambar feri terbiar di Pulau Pinang.
Lee menyifatkan kepimpinan MCA dalam suruhanjaya itu “memalukan” kerana parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.
“Tengelamnya feri ikonik Pulau Pinang menunjukkan kepimpinan mereka dalam SPPP gagal sama sekali,” kata Lim, merujuk kepada gambar feri terbiar yang tersebar meluas di media sosial.
Sabtu lalu, tersebar gambar feri yang dinamakan Pulau Pinang yang terbiar, usang dan bocor.
Bekas ketua menteri dua penggal Lim Guan Eng menyiarkan semula gambar itu di media sosial dan membidas Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong yang juga presiden MCA susulan penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Wee bagaimanapun berkata apa yang berlaku bukan kesan langsung penamatan khidmat feri Pulau Pinang, sebaliknya feri yang dipersoalkan itu tidak beroperasi sejak 2019 lagi.
Apa keperluan Sabah belanja RM15 juta beli 10,000 komputer riba, soal Rahman Dahlan
Wee Ka Siong
Dalam kenyataan hari ini, Lee yang juga wakil rakyat DAP bagi kawasan Bukit Bendera berkata, MCA tidak harus diberi tanggungjawab menguruskan SPPP dan begitu juga dengan peluang bagi memimpin semula Pulau Pinang.
“Mereka pasti akan tenggelamkan semua orang bersama mereka,” kata Lee yang menggesa semua pemimpin parti itu dalam PPC meletakkan jawatan.
“Jika masih ada sedikit maruah yang tinggal, mereka patut letak semua jawatan dalam PPC dan lobi kerajaan pusat untuk serahkan pengurusan perkhidmatan feri kepada kerajaan Pulau Pinang,”
Maszlee gesa KPM tangguh program tak berkaitan PdPR
Isu feri usang: DAP kata MCA akan tenggelamkan semua orang
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.