[VIDEO] Polis negara pengganas tahan aktivis kempen #SaveSheikhJarrah

Bapa dakwa polis Zionis tak mahu ada pihak cerita perkara sebenar

Polis negara pengganas tahan aktivis kempen #SaveSheikhJarrah. negara pengganas Israel hari ini menahan seorang aktivis Palestin, Muna al-Kurd, yang juga ketua kempen #SaveSheikhJarrah.

Menurut ayah Muna, Nabil al-Kurd, sepasukan polis Israel menyerang rumah mereka dengan biadab di kawasan Sheikh Jarrah, menahan anak perempuannya serta memberi notis mengarahkan abang Muna, Mohammed, yang tidak berada di rumah ketika serangan itu untuk menyerah diri.

Beliau berkata, Muna dibawa ke balai polis Israel di Jalan Salaheddine di ibu kota yang diduduki.

Peguam Nasser Odeh mengesahkan kepada wartawan bahawa Mohammed juga ditangkap dan kedua-dua beradik itu berdepan ‘melakukan tindakan yang mengganggu keselamatan awam’ dan ‘mengambil bahagian dalam bantahan’.

Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar

“Alasan penangkapan itu adalah bahawa kami mengatakan tidak akan meninggalkan rumah dan mereka tidak mahu sesiapa menyatakan pendapat, mereka tidak mahu ada yang mengatakan perkara sebenar.

“Mereka mahu mendiamkan kami,” kata Nabil kepada Associated Press menerusi telefon.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan aktivis itu dibawa keluar dari rumah dengan tangan digari.

Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja

“Jangan takut,” Muna dilihat memberitahu keluarganya ketika itu.

Tiga bulan lalu, Muna melancarkan kempen dalam talian menerusi tanda pagar #SaveSheikhJarrah bagi mengetengahkan keadaan pemilik rumah yang berdepan ancaman perpindahan.

Dalam wawancara baru-baru ini, beliau menjelaskan bahawa jika keluarga mereka diusir, seluruh Baitulmaqdis akan diambil juga.

Muna dan abang kembarnya, Mohammed – yang keluarganya hidup di bawah ancaman perpindahan dari rumah mereka di kawasan Karm al-Jaouni di Sheikh Jarrah – telah membuatkan dunia mengetahui keadaan di sana.

Keluarga al-Kurd adalah satu daripada empat keluarga yang pada awalnya akan diusir pada awal Mei.

Separuh daripada kediaman mereka dirampas oleh sekumpulan peneroka haram Israel pada tahun 2009.

Pada 2 Mei lalu, Mahkamah Daerah Israel memutuskan bahawa keempat-empat isi rumah itu perlu diusir atau mencapai kesepakatan bersama pertubuhan peneroka dengan membayar sewa dan mengiktiraf mereka sebagai tuan tanah.

Bagaimanapun mereka dengan tegas menolak sebagai tanda penentangan baru. – Agensi

Polis negara pengganas tahan aktivis kempen #SaveSheikhJarrah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik

Polis negara pengganas tahan aktivis kempen #SaveSheikhJarrah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker