MCA bantah arak: Inilah wakil rakyat kawasan muslim pembuat polisi negara

Hakikat arak merosakkan diri tiada lagi dalam kamus kehidupan mereka

 Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya pelik dengan tindakan parti berasaskan perkauman, MCA yang bersungguh-sungguh mempertahankan penjualan minuman keras.

“Saya sangat hairan, mengapakah MCA beriya-iya mempertahankan penjualan arak sebagai ‘essential services’ dan mengecam tindakan melarang penjualan arak ketika ‘lockdown’ ini?

“Setiausaha Agung MCA melalui akhbarnya iaitu Lan Tian MCA, menyifatkan larangan itu sebagai melampau dan mengecam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pada malam hari yang sama juga, akhbar melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna ‘menjelaskan’ bahawa penjualan arak di kedai-kedai adalah dibenarkan. Timbalan Menteri yang membuat kenyataan tersebut adalah seorang Melayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bahkan, beliau mengakui tidak pasti sama ada kenyataan dikeluarkan kementerian berkenaan sebaik sahaja MCA membuat ‘bising’ dalam isu itu adalah satu kebetulan.

Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri

“Menurut MCA, minuman beralkohol sama seperti minuman bergas, tergolong dalam produk makanan dan minuman keperluan. Inilah naratif yang dimainkan boleh pihak-pihak yang mempertahankan operasi industri arak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika naratif ini dianggap sebagai naratif yang diterima, maka sampai bila-bila industri arak ini akan bertapak di Malaysia kerana ianya dianggap sama seperti minuman biasa yang lain,” katanya.

Lebih menyedihkan, katanya lagi, hakikat bahawa arak merosakkan diri, kesihatan, keluarga dan masyarakat nampaknya tiada lagi dalam kamus kehidupan mereka.

“Dan mereka inilah yang menjadi wakil rakyat kawasan-kawasan majoriti muslim dan akhirnya menjadi pembuat dan pelaksana polisi-polisi negara. Fikir-fikirkanlah,” katanya.

 

Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik

MCA bantah arak: Inilah wakil rakyat kawasan muslim pembuat polisi negara


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker