Aktivis PSM cedera, dakwa ditolak pegawai tanah dan galian

Aktivis PSM cedera, dakwa ditolak pegawai tanah dan galian

Seorang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) cedera selepas ditolak pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak semasa proses pengusiran di ladang sayur Kanthan di Tambun hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, R Karthiges, berkata Chong Yee Shan cedera di hidung dan mulut, selain luka di kaki serta tangan.



Katanya kejadian itu berlaku ketika Chong cuba menghalang pegawai, ke tapak itu untuk mengusir petani dengan jentolak dan jengkaut.

“Apabila kami cuba halang mereka dan minta tidak masuk, mereka menolak dan menyebabkan Chong cedera,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata keadaan terkawal dengan kehadiran polis dan pihak berkaitan, serta Chong dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan.

Pengarah PTG Perak, Fariz Hanip memberitahu FMT jabatan itu sedang meneliti kejadian itu.



Daripada maklumat diterima, katanya, Chong menghalang kenderaan jabatan itu memasuki kawasan terbabit, yang menghalang pegawai melakukan penguatkuasaan.

“Saya akan dapatkan gambar sebenar, tetapi hakikatnya, pegawai terbabit tidak sengaja menyebabkan kecederaan kerana dia (Chong) menghalang kenderaan memasuki kawasan itu.”

Pertikaian tanah

Karthiges berkata petani diberi notis pada 13 Okt lalu menyatakan ladang mereka terletak di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah itu dalam tempoh seminggu.



“Kami terima notis itu pada Jumaat, tetapi beberapa hari selepas notis, mereka datang (untuk mengusir petani).”

Fariz berkata petani diperuntukkan sebidang tanah pertanian tidak jauh dari lokasi asal setahun lalu dan tapak asal mereka akan dibangunkan.

“Ia bukan tindakan penguatkuasaan yang tidak memberikan alternatif. Ada pilihan dengan peluang untuk meneruskan aktiviti mereka di kawasan tidak jauh dari lokasi itu.” FMT

Aktivis PSM cedera, dakwa ditolak pegawai tanah dan galian



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker