Buku Masakan Rahsia Diet Pelakon Klasik Marilyn Monroe Dilelong RM309,654

Buku Masakan Rahsia Diet Pelakon Klasik Marilyn Monroe Dilelong RM309,654

Buku Masakan Rahsia Diet Pelakon Klasik Marilyn Monroe Dilelong RM309,654

NEW YORK – Dua buah buku masakan milik pelakon klasik popular Amerika Syarikat (AS), Marilyn Monroe dijangka dilelong pada harga antara AS$50,000 (RM206,436) hingga AS$75,000 (RM309,654), lapor akhbar New York Post semalam.

Buku yang diterbitkan pada tahun 1950-an yang berjudul ‘The New Fanny Farmer Boston Cooking-School Cook Book’ dan ‘The New Joy of Cooking’ itu berkisarkan sisi kehidupan kulinari bintang simbol seks tersebut.

Buku-buku itu turut mengandungi senarai barangan dapur, kad perniagaan yang beralamat di Beverly Hills, yang ditulis dengan tulisan tangan Monroe serta jadual dietnya.

Manakala, jadual diet aktres itu memaparkan senarai pilihan makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam termasuk snek lewat pagi serta lewat petang.

Monroe dalam satu temu bual dengan majalah Pageant pada tahun 1952 berkata, dia sering diberitahu bahawa tabiat pemakanannya adalah aneh.

“Sebelum saya mandi pada waktu pagi, saya memanaskan secawan susu di dalam sebuah pinggan panas.

“Kemudian, saya memecahkan dua biji telur mentah ke dalam susu tersebut, mengacaunya dengan garfu dan minum sambil bersiap serta mengambil pil vitamin.

“Manakala untuk makan malam, saya akan singgah di sebuah pasar berhampiran hotel untuk membeli stik, lamb chop dan hati lembu, yang kemudiannya dibakar menggunakan ketuhar elektrik di dalam bilik saya,” katanya.

Buku-buku masakan tersebut bakal dilelong dalam satu acara lelongan anjuran firma lelongan, Siegel Auction Galleries di bandar New York bermula 22 Jun ini. – AGENSI

Buku Masakan Rahsia Diet Pelakon Klasik Marilyn Monroe Dilelong RM309,654


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


10 Artis Hollywood Yang Memutuskan Untuk Ada Anak Tanpa Berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker