Anwar ulas kes Sanusi

Anwar ulas kes Sanusi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan Akta Hasutan dalam pendakwaan terhadap Sanusi Nor, kerana kenyataan menteri besar Kedah itu menyentuh isu membabitkan kedudukan dan martabat institusi diraja.

Anwar berkata, jika ia hanya membabitkan kritikan kepada perdana menteri dan isu lain, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu mungkin tidak didakwa bawah Akta Hasutan.



“Dari segi dasarnya kita elak penggunaan Akta Hasutan, tapi bila menyentuh kedudukan raja-raja. Soal kritik perdana menteri saya tak pernah gunakan itu (Akta Hasutan).

“Tapi ini soal kedudukan dan martabat raja-raja yang harus kita pelihara dan elak daripada menjadi satu wacana perbahasan politik yang tidak sihat,” katanya ketika ditemui dalam majlis sentuhan agro Madani di Sekinchan.

Beliau diminta mengulas pendiriannya sebelum ini yang membantah penggunaan Akta Hasutan bagi tujuan pendakwaan.

Terdahulu, Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap raja.



Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara, Gombak, 11 Julai lalu.

Dalam pada itu, Anwar berkata pendakwaan terhadap Sanusi perlu berjalan mengikut proses.

Beliau turut menafikan pertuduhan terhadap Sanusi bagi melumpuhkan PAS dan PN dalam PRN bulan depan.



“Jadi biar kita hormat proses mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata “serbuan” pada 3 pagi tadi terhadap Sanusi di sebuah hotel di Mont Kiara bawah bidang kuasa polis dan tindakan diambil selepas laporan dibuat sendiri Dewan Diraja Selangor.

“Itu kita kena tengok…kemudian apa komen Sultan Selangor, kes tak selesai. Jadi saya ingat ikut proses,” katanya. FMT

Anwar ulas kes Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah



Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker