10 Artis Hollywood Yang Memutuskan Untuk Ada Anak Tanpa Berkahwin

Mempunyai anak tanpa ikatan perkahwinan adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku di negara kita. Budaya dan adat istiadat yang kita amalkan menjadikan semua pasangan harus berkahwin terlebih dahulu untuk memiliki cahaya mata.

Namun, berbeza untuk adat dan cara di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan sebagainya. Mereka yang berpasangan dan bercinta serta belum berkahwin kebiasaannya akan memutuskan untuk mempunyai anak tanpa ikatan perkahwinan.

Berikut kami senaraikan antara 10 artis Hollywood  yang belum berkahwin tetapi sudah ada anak. Malahan mereka sangat gembira dan bahagia dengan cara mereka.

Supermodel Gigi Hadid dan kekasihnya Zayn Malik mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Khai. Namun, wajah bayi mereka masih menjadi rahsia.

via WA

Begitu juga dengan Katy Perry dan Orlando Bloom yang menimang anak tanpa berkahwin yang diberi nama Daisy Dove Bloom.

via WA

Liam Payne dan Cheryl mempunyai anak yang bernama Bear Gray Payne. Namun, pasangan ini akhirnya berpisah tidak lama selepas Bear dilahirkan. 

via teenvogue.com

Tidak hanya seorang, Naomi Watss dan Liev Schreiber mempunyai dua anak tanpa ikatan perkahwinan, Alexander Sasha dan Samuel Kai Schreiber. 

via Marie Claire Australia

Halle Berry dan Gabriel Aubry memutuskan untuk mempunyai anak tanpa berkahwin atas alasan trauma. Anak yang dilahirkan pada bulan Mac 2018 itu bernama Nahla Ariela Aubry.

via linternaute.com

Lourdes yang dilahirkan pada tahun 1996 adalah anak tanpa ikatan perkahwinan kepada Madonna bersama pelatih peribadinya, Carlos Leon.

via popbela.com

Pasangan Padma Lakshmi dan Adam Dell juga mempunyai anak perempuan yang bernama Krishna Thea Lakshmi yang dilahirkan pada Februari 2010 tanpa apa-apa ikatan perkahwinan. 

via Page Six

Pasangan Johnny Depp dan Vanessa Paradis mempunyai dua anak dalam perhubungan mereka tanpa berkahwin tetapi kedua-duanya telah tidak lagi bersama. 

via International Business Times

Amy Adams dan Darren Le Gallo telah pun bertunang pada tahun 2008 dan melahirkan anak pertama mereka, Aviana pada bulan Mei 2010 dan mereka telah berkahwin pada tahun 2015. 

via PopSugar

Setelah bertunang, Olivia Wilde dan Jason Sudeikis akhirnya berpisah tetapi mereka mempunyai seorang anak bernama Otis Alexander Sudeikis yang dilahirkan pada tahun 2014.

via celebrityinsider.org

Walaupun mereka sudah mempunyai anak tanpa ikatan perkahwinan, itu tidak bermakna kita boleh menghakimi dan menilai mereka. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri dan yang paling penting ialah mereka gembira dengan kehidupan dan anak-anak mereka.-Murai

[VIDEO] Pasangan Kembar Dikahwinkan Di Thailand

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker