[VIDEO] Pasangan Kembar Dikahwinkan Di Thailand

BANGKOK-Sepasang adik-beradik kembar berumur 5 tahun dikahwinkan di Thailand kerana ibu bapa mereka yang beragama Buddha, percaya kedua-duanya adalah jodoh dalam kehidupan lampau, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Washirawit Bee Moosika dikahwinkan dengan adik kembar perempuannya, Rinrada Breem di kediaman mereka di bandar Nakhon Si Thammarat, Khamis lalu.

Bapa pasangan itu, Weerasak,31 dan isterinya, Rawadee, 30, merupakan berpegang kepada kepercayaan bahawa semua pasangan kembar yang dilahirkan di dunia merupakan pasangan kekasih daripada kehidupan lampau yang terpisah dan tidak sempat berkahwin.

Rawadee percaya perkahwinan anak kembarnya itu dapat mengusir nasib malang atau ‘karma’ daripada kehidupan mereka.

“Saya bersyukur dikurniakan anak kembar namun saya bimbang ada ‘sesuatu’ daripada kehidupan lampau yang akan mengekori mereka.

“Kami percaya pasangan kembar ini perlu berkahwin untuk membuang nasib buruk itu,” ujarnya seperti dilapor akhbar Daily Mail.

Majlis perkahwinan pasangan kembar berusia 5 tahun di Thailand, baru-baru ini. – Viral Press

Majlis perkahwinan itu mengikut upacara perkahwinan tradisional Thailand dan dipenuhi dengan perarakan dan tarian.

Menurut Weerasak pula, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengahwinkan anak kembarnya itu mengikut kepercayaan agama dianutinya.

“Kami percaya, jika anak-anak saya tidak dikahwinkan, salah seorang daripada mereka akan jatuh sakit,” katanya.

Perkahwinan pasangan kembar itu bagaimanapun bukan bermakna mereka akan menjalani kehidupan sebagai suami isteri normal tetapi diadakan bagi tujuan adat sahaja.

Jelas Weerasak, ia dibuat bagi memastikan keselamatan kedua-dua anak kembarnya itu.

“Kami tak mahu mereka jatuh sakit. Lagi pun, kami tidak rugi apa-apa pun jika mengikut adat ini,” jelasnya. -AGENSI

Sumber: DailyMail

Baru berusia 14 tahun, sudah ada lima rekod jenayah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker