Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus

Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus

Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus

KUALA LUMPUR: Bagi membantu rakyat Malaysia berbelanja dengan selamat dari rumah ketika total lockdown, Go Shop selaku platform beli belah dan e-dagang utama di Malaysia menawarkan diskaun khas untuk pelbagai pilihan produk.

Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus selain produk di bawah RM30 dan tawaran pelepasan akhir dari 3 Jun hingga 30 Jun 2021.

“Dalam era norma baharu ini, membeli-belah dalam talian di rumah kini sudah menjadi keperluan dan pelanggan sentiasa mencari tawaran pilihan produk dengan nilai tambah yang berbaloi.

“Go Shop menawarkan barangan berkualiti dan boleh dipercayai daripada makanan kesihatan dan bahan makanan hingga peralatan memasak, perkakas rumah, peralatan kecergasan dan barangan elektronik digital,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai program istimewa baharu Go Shop bulan ini iaitu Brand Fiesta, Food Fiesta, Happy Village dan Happy Family.

Brand Fiesta bersiaran setiap hari Khamis 11 pagi di Astro CH118, Food Fiesta disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 12 tengah hari di Astro CH303 dan setiap hari Ahad jam 9 pagi di CH120.

Happy Family pula akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Ahad jam 12 tengah hari di Astro CH303, dan Happy Village boleh ditonton setiap hari Selasa dan Sabtu jam 11 pagi di Astro CH118. Awani

Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ketagih ‘online shopping’, adakah ia masalah mental?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker