Unik Dan Cantik! Guna 4K Biji Kacang Hijau Hasilkan Potret KP Kesihatan — MYKMU.NET

Unik Dan Cantik! Guna 4K Biji Kacang Hijau Hasilkan Potret KP Kesihatan



Sebaran :

Unik Dan Cantik! Guna 4K Biji Kacang Hijau Hasilkan Potret KP Kesihatan

Unik Dan Cantik! Guna 4K Biji Kacang Hijau Hasilkan Potret KP Kesihatan

Paparan perit jerih petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lepas, yang sering kali disiarkan dalam media massa mahupun media sosial, amat menyentuh perasaan rakyat.

Jasa yang tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit itu, menyebabkan ramai dalam kalangan netizen menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih melalui pelbagai cara termasuk menghasilkan gambar, video yang menceritakan seribu kisah tersirat.



Bagi Michael Foo Chee Meng, 39, rasa kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan petugas kesihatan yang diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyebabkannya terpanggil menghasilkan lukisan potret panglima perang Kementerian Kesihatan (KKM) itu.

Unik berbanding kelaziman

Namun, potret yang dihasilkannya bukanlah potret biasa yang dikaryakan dengan lakaran pensil mahupun warna, sebaliknya ia menggunakan bahan makanan iaitu biji kacang hijau dan kuaci, menjadikan paparan wajah yang terhasil, unik berbanding kelaziman.

“Sebelum ini saya pernah menghasilkan gambar Dr Noor Hisham dengan menggunakan 300 keping kulit kuaci ketika menyertai pertandingan ‘The Art of Sunflower Seeds’ musim kedua yang berlangsung pada April lepas dan baru-baru ini saya gunakan lebih 4,000 biji kacang hijau pula bagi menghasilkan potret beliau.

“Walaupun ia mengambil masa selama lapan jam untuk menghasilkan potret menggunakan kacang hijau, namun apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan keringat dan tenaga yang dicurahkan oleh Dr Noor Hisham yang tidak jemu memerangi COVID-19 selama ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.



Menurut anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu, potret berkenaan bukan yang pertama pernah dihasilkannya, sebaliknya sebelum ini beliau pernah menghasilkan gambar Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan potret Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing menggunakan lebih 620 dan 300 biji kopi tempatan.

Ia pernah tular dalam media sosial menyebabkan ramai yang menghubunginya untuk mendapatkan perkhidmatan menghasilkan potret masing-masing.

Menyifatkan melukis potret menerusi bahan makanan sebagai sesuatu yang istimewa dan unik, Michael bagaimanapun hanya memastikan bahan yang digunakan tahan lama dan bersifat kering agar tidak mudah busuk dan basi apabila disimpan.



“Saya sudah lama terlibat dalam bidang lukisan dengan menggunakan pelbagai medium. Bagi saya, untuk melukis sesiapa sahaja boleh melukis, tetapi menggabungkan antara makanan dengan lukisan, bukan semua orang mampu untuk melakukannya.

“Bukan sahaja memerlukan ketelitian dalam aspek pemilihan bahan, masa dan kesabaran juga sangat dititikberatkan,” katanya yang turut menganjurkan kelas melukis kepada orang awam.

Menceritakan serba ringkas proses karya itu.

Beliau biasanya menggunakan kertas lukisan bersaiz A3 dan mencorak potret yang diingini menggunakan bahan makanan yang dipilih seperti biji kopi dengan berpandukan gambar.



Sementara itu, Foo menyimpan hasrat untuk menyerahkan karya yang dihasilkannya itu kepada pemimpin nombor satu negara dan Dr Noor Hisham jika berpeluang suatu hari nanti sebagai tanda penghargaan terhadap jasa yang dicurahkan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh mereka.

Selain itu, pemuda itu juga merancang untuk melukis potret penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menggunakan biji saga suatu hari nanti.

— BERNAMA



Unik Dan Cantik! Guna 4K Biji Kacang Hijau Hasilkan Potret KP Kesihatan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


#SavePalestine: Ukiran Masjid Al-Aqsa Tanda Solidariti


Sebaran :


Leave a Reply