#SavePalestine: Ukiran Masjid Al-Aqsa Tanda Solidariti

Pelbagai cara dan medium rakyat Malaysia bersolidariti terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.

Bagi Muhammad Hafizi Abdul Karim, 30, ‘tangan seni’ yang dimilikinya membolehkan dia menghasilkan ukiran Masjid al-Aqsa hanya menggunakan daun nangka.

Berkongsi kisah itu, Muhammad Hafizi berkata, hasil seni menggunakan daun nangka adalah pertama kali dihasilkan.

“Sebelum ini, saya banyak melukis potret namun timbul idea untuk menghasilkan ukiran menggunakan daun nangka.

“Pada mulanya saya sekadar mencuba namun tidak sangka ukiran dihasilkan itu menyerupai Masjid al-Aqsa,” katanya ketika dihubungi di Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia, dia tidak melepaskan peluang untuk turut sama bersolidariti untuk Palestin yang terus sengsara dicengkam keganasan Zionis.

Katanya, hasil ukirannya itu kemudian dikongsi di Facebook (FB) dan tidak menyangka mendapat respon yang memberangsangkan dari netizen.

“Saya mengambil masa dua jam untuk menyiapkan ukiran ini. Saya anggap ini antara sumbangan kecil kepada Palestin keluar dari kesengsaraan seterusnya menjadi negara Islam yang disegani,” katanya.

Selepas melihat sambutan menggalakkan, beliau kini bercadang untuk menjual ukiran potret yang dihasilkan menggunakan daun pada masa akan datang.

Beliau berkata, mungkin ini boleh dilihat sebagai satu seni ukiran yang baru dan boleh diperluaskan lagi.-HM

Kayu lama dan buruk ‘nadi’ rezeki Abe G

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker