Resepi Ayam Buttermilk Sedap

Resepi Ayam Buttermilk Sedap
Resepi Ayam Buttermilk Sedap dan Mudah

Bila kita masak boleh ikut selera sendiri. Kalau suka berkuah untuk dicicah dengan mantao atau roti pun boleh. Tak perlu letak bancuhan tepung jagung. Jika suka pekat pun boleh. Semua ikut citarasa sendiri.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini.

Bahan bahan Ayam:

  • 500 gram isi ayam – potong kecil
  • 2 biji telur – pukul ringan

Bahan tepung:

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit serbuk Knorr Pasti Sedap

Bahan Buttermilk:

  • 6 sudu besar mentega
  • 7 ulas bawang putih – cincang
  • 4-5 tangkai cili padi – hiris halus
  • 1 -2 tangkai daun kari
  • 1 tin susu cair – 390 ml
  • ½ sudu besar tepung jagung dibancuh dg sedikit air – opsyenal
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • ½ sudu kecil gula

Cara cara:

  1. Bahan bahan tepung dibahagi kepada 2 mangkuk.
  2. Ambil sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul gaul dalam mangkuk adunan telur dan akhir sekali, celup dalam tepung dalam mangkuk B.
    Ketepikan. Buat sehingga habis kesemuanya.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dicelup tepung tadi sehingga berwarna keemasan. Angkat dan tos.
  4. Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan.
  5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan panas panas.

Nota:

Jika suka berkuah, tak perlu letak bancuhan air jagung kerana tepung menggoreng ayam telah ada tepung yang boleh memekatkan kuah.

Azie Kitchen

Resepi Ayam Buttermilk Sedap


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker