Ketagih ‘online shopping’, adakah ia masalah mental?

Individu yang mempunyai ketagihan berbelanja secara online, mempunyai risiko cenderung menghidapi kemurungan dan kegelisahan yang lebih tinggi dari biasa.

Adakah anda seorang pembeli barangan online tegar? Apakah kaitannya dengan masalah mental?

Pakar psikoterapi mengatakan tabiat ketagihan membeli-belah dalam talian mempunyai kaitan dengan keadaan mental dan ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan hubungan sosial individu.

Satu kajian yang dijalankan ke atas 122 individu yang mempunyai ketagihan berbelanja secara online mendapati mereka mempunyai risiko kecenderungan menghidapi kemurungan dan kegelisahan yang lebih tinggi dari biasa.

Persoalannya, adakah kewujudan kedai dan aplikasi atas talian serta kemudahan penghantaran ke rumah yang telah memberikan dimensi baru kepada konsep ‘shopaholic’.

Malah, internet telah menjadikan aktiviti membeli-belah lebih mudah dari pelbagai aspek seperti tiada had masa iaitu boleh diakses 24 jam sehari dan harga yang mampu milik.

Keadaan ini bermakna remaja dan belia adalah antara golongan yang berisiko untuk mengalami ‘buying-shopping disorder’.

BSD dalam bentuk atas talian ini boleh mewujudkan keinginan melampau untuk membeli barangan dan menimbulkan kepuasan apabila berbelanja.
Masalah mental dan kesan ketagihan ‘online shopping’

Buying-shopping disorder (BSD) merupakan satu masalah yang telah lama dikesan dan di zaman teknologi internet ini, BSD telah diangkat ke dalam fasa lain dan ia mempengaruhi satu daripada 20 individu.

Mereka yang terlalu teruja berbelanja di atas talian ini mungkin akan berakhir dengan timbunan barangan yang dipesan, hutang keliling pinggang, perselisihan faham dengan ahli keluarga dan pasangan serta hilang kawalan diri.

Menurut pakar psikoterapi di Hannover Medical School di Jerman, Dr Astrid Müller, “Sudah tiba masanya untuk mengenal pasti BSD sebagai salah satu masalah berkaitan kesihatan mental dan memfokuskan mengenai BSD di internet.

Kesan serius

Buat masa ini, BSD tidak diklasifikasikan sebagai gangguan tetapi diletakkan di bawah kategori yang dinamakan ‘gangguan kawalan impuls’.

Namun, bagi para penyelidik dari Jerman ini, BSD memerlukan lebih pemerhatian kerana ia boleh mendatangkan kesan mental yang serius.

BSD dalam bentuk atas talian ini boleh mewujudkan keinginan melampau untuk membeli barangan dan menimbulkan kepuasan apabila berbelanja. Ia membawa kepada sukar untuk mengawal diri, tekanan melampau dan masalah lain yang melibatkan psikiatri serta menjejaskan perhubungan.

Tidak salah jika anda suka berbelanja tetapi harus tahu untuk mengawal diri dan elakkan daripada membeli sesuatu yang tidak diperlukan walau pun harga yang ditawarkan murah.

Zikir penenang jiwa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker