Pemandu lori mati dalam tahanan polis

Pemandu lori mati dalam tahanan polis

Pemandu lori mati dalam tahanan polis

Seorang pemandu lori maut dalam tahanan hari ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang, menjadikannya kes ketiga seumpama itu dilaporkan dalam tempoh hanya 15 hari.

Poles berkata, Umar Faruq Abdullah, 36, mati selepas terjun dari aras dua balai berkenaan ketika ditahan untuk soal siasat.

Laporan awal menyatakan kematiannya ‘akibat kecederaan teruk pada muka.’

Dia ditahan semalam berhubung kes curi tong gas dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Kejadian terbaru itu menyusuli kematian pengawal keselamatan S Sivabalan di Balai Polis Gombak pada 20 Mei lalu.

Seminggu kemudian, pada 27 Mei, Surendran Shanker dilaporkan mati di Hospital Kluang selepas ditahan di penjara Simpang Renggam di Johor.

Menurut laporan awal polis, Umar yang tangannya digari di belakang badan, dibawa turun dari aras tiga bangunan itu ke tingkat pertama selepas percakapannya selesai dirakam.

Bagaimanapun, ketika di aras dua dia bergelut dengan seorang anggota polis sebelum terjun dari tingkap di kawasan tangga. Laporan itu turut mengatakan Umar mempunyai empat rekod lampau.

Peguam M Manoharan yang mewakili keluarga Umar menggesa polis terlibat didakwa kerana menyebabkan kematian atau kecuaian jenayah.

Katanya, Umar yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan di rumahnya di Kuala Selangor semalam.

Isterinya Humairah Abdullah, disuruh membawa makanan untuknya di IPD Klang Selatan pagi tadi tetapi tidak dapat menemuinya.

Manoharan berkata, Humairah yang masih menunggu untuk menemui suaminya pada waktu petang, kemudian ambulans datang untuk mengambil pesakit sebelum kemudian mendapat tahu itu adalah suaminya.

Bedah siasat Umar akan dilakukan pagi esok.

Seorang pegawai polis di IPD Klang Selatan memberitahu FMT, Ketua Polis Selangor akan Arjunaidi Mohamed memberi butiran lanjut berhubung kematian Umar dalam sidang media esok. FMT

Pemandu lori mati dalam tahanan polis

 


Baca Artikel Menarik


Layari Laman Facebook MYKMU NET

Tiada siapa mahu tahanan dianiaya – Arifai Tarawe

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker