Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai

Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai

Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai

Sebuah premis tanpa lesen perniagaan di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor, dikesan membuang sisa industri ke dalam sungai.

Susulan aduan orang awam, premis terbabit diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Pasir Gudang hari ini, dan hasil siasatan mendapati minyak dilepaskan dari satu tangki sebuah lori tangki dalam kawasan premis.

JAS Johor berkata, pihak premis berkenaan diarahkan serta-merta menjalankan pembersihan tumpahan minyak tersebut.

“JAS telah menjalankan siasatan di sepanjang Sungai Buluh dan mendapati punca sisa minyak hitam dari sebuah premis tanpa lesen perniagaan yang menjalankan aktiviti jual-beli produk sawit.

“Sebanyak empat persampelan sisa buangan telah diambil untuk dianalisa Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, kertas siasatan juga akan dibuka untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974.

“JAS akan sentiasa memantau aktiviti premis dan semua pemain industri diingatkan untuk sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan tidak melakukan sebarang pencemaran.

“Sebarang aduan pencemaran alam sekitar orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol JAS 1800882727 atau membuat aduan secara dalam talian di eaduan.doe.gov.my.” FMT

Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Premis haram berisiko cemar Sungai Semenyih disita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker