14 lelaki bergaduh di PPR Jinjang ditahan
14 lelaki bergaduh di PPR Jinjang ditahan
Seramai 14 lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jinjang semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung pergaduhan tersebut pada pukul 11 malam.
“Seramai 14 lelaki berusia 20 hingga 54 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut telah ditahan.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada tindakan sekumpulan lelaki merakam pertengkaran membabitkan pasangan suami isteri di PPR berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, ketika kejadian, suami wanita itu telah menyedari pertengkaran mereka telah dirakam kumpulan tersebut dan menegur tindakan mereka itu.
“Namun ia berakhir dengan pergaduhan, pengeluaran kata-kata kesat dan berlaku insiden tolak-menolak.
“Kesemua 14 lelaki tersebut telah ditahan dan permohonan reman ke atas semua suspek telah dibuat hari ini untuk membantu siasatan lanjut,” jelasnya.
Tambahnya, semakan rekod mendapati, 11 daripada ditahan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau manakala baki tiada rekod jenayah.
Terdahulu, tular di media sosial yang memaparkan beberapa rakaman video berhubung kejadian pergaduhan membabitkan 14 individu di PPR Batu Muda di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. K Online
14 lelaki bergaduh di PPR Jinjang ditahan
Baca Artikel Menarik
- Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
- Ahli politik dakwa diugut penyebaran video, gambar peribadi
- Rihana Oksana Semakin Daring ‘Tayang Body’. Selain DiKecam Ada Juga Netizen Pertahankannya…
- Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir
- Mahathir hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat
- Resepi Kek Lapis Masam Manis Sarawak
Layari Laman Facebook MYKMU NET
10 ditahan termasuk kanak-kanak merusuh guna senjata di PPR Kempas
You must be logged in to post a comment.