10 ditahan termasuk kanak-kanak merusuh guna senjata di PPR Kempas


Polis menahan 10 individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun kerana terbabit dalam pergaduhan menggunakan senjata di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Rupiah Abd Wahid berkata, semua suspek berusia dalam lingkungan 12 hingga 45 tahun itu ditahan pada 6.45 petang semalam.

Rupiah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan lapang di PPR itu membabitkan dua keluarga yang dipercayai berpunca masalah peribadi pada Rabu lalu.

Rakaman video kejadian itu juga tular di media sosial yang difahamkan dirakam seorang individu tidak dikenali, katanya.

“Semua suspek juga diambil tindakan kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Kompaun dikeluarkan kepada mereka mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

“Pergaduhan yang berlaku pula disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, satu video tular di media sosial berkaitan kejadian pergaduhan itu yang turut membabitkan seorang wanita dan kanak-kanak.

Video berdurasi satu minit lebih itu menunjukkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan lapang PPR terbabit sebelum berlaku pertengkaran. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker