Jangan beri ‘kuasa veto’ kepada menteri MITI tentu kilang dibenar operasi, kata Najib



Sebaran :


Najib Razak mengingatkan kerajaan supaya tidak menyerahkan kuasa penuh kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membuat keputusan senarai sektor yang dibenar beroperasi dalam tempoh perintah sekatan penuh yang akan bermula 1 Jun ini.

Katanya, menteri MITI, Mohamed Azmin Ali juga tidak boleh diberi “kuasa veto” untuk memasukkan mana-mana kilang tertentu dalam senarai dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu bagi mengelak “towkay” melobi.

“Keperluan untuk ‘total lockdown’ dibuat adalah atas asas kesihatan, maka keputusan akhir bagi senarai boleh beroperasi juga mestilah berdasarkan asas kesihatan.



“Tempoh 14 hari pertama ‘total lockdown’ ini adalah sangat kritikal. ‘So, get it right this time’ (Jadi, pastikan ia betul-betul menjadi kali ini),” katanya di Facebook.

Peringatan Najib itu juga dibuat dengan merujuk kepada beberapa keputusan kerajaan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 yang menyaksikan banyak kilang dibenar beroperasi sehingga menyebabkan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 mengambil masa lama.

Semalam kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun ini.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyebut dalam kenyataan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti dan perkhidmatan ekonomi perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). FMT

Azmin ke Saudi cari pelaburan atau cari publisiti sapu lantai masjid?


Sebaran :


Leave a Reply