[VIDEO] PKP: Pemeriksaan teliti punca kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak - Polis — MYKMU.NET

[VIDEO] PKP: Pemeriksaan teliti punca kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak – Polis

Sebaran :

Kesesakan trafik keluar dari ibu negara dikesan di Plaza Tol Gombak pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kesesakan sepanjang 1 kilometer (km) itu berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di plaza tol berkenaan.

“Ya betul, kerana pasukan memeriksa dengan betul,” katanya ringkas kepada Astro AWANI.

Ditanya sama ada kesesakan itu berpunca daripada pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung susulan pengumuman ‘total lockdown‘, beliau berkata perkara itu akan disiasat.
“Ini akan disiasat terlebih dahulu, saya menghala ke lokasi (Plaza Tol Gombak),” kata Arifai.
Terdahulu, tular di media sosial muat naik gambar menunjukkan kesesakan di Plaza Tol Gombak yang melalui sekatan jalan raya.

Gambar aliran trafik itu tular di sebuah page di laman sosial Facebook sebentar tadi hingga mendatangkan kemarahan dan kecaman oleh netizen.

“Nak balik kampung ler tu,” demikian komen Kamarul Afendi.

“Bawak lah sekali Covid ke kampung halaman masing-masing dan sebarkan sekali di sana ya…, ” tulis Zan Haziq.

“Macam ni punya perangai, 10 kali buat ‘lockdown’ pun tak jadi ape,” Ikram Kadir.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang merentas negeri tanpa surat kebenaran termasuk mengambil peluang ‘lockdown’ untuk balik ke kampung.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, menerusi ‘total lockdown’ atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebaran :

Leave a Reply