Azmin Cuba Tipu Rakyat Johor

Oleh Nurul Aishah

INDIVIDU yang bernama Azmin Ali dilihat cuba menipu rakyat Johor ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut. Beliau tanpa segan silu mendabik dada kononnya antara kejayaan luar biasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) ialah mendapat pengiktirafan dunia sebagai kerajaan paling bagus dalam dunia bagi mengawal Covid.

Katanya, rakyat Johor khususnya pengundi pada PRN Johor akan datang perlu melihat rekod pencapaian pentadbiran kerajaan PN itu sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Mungkin Azmin Ali lupa bahawa data tidak menipu.

Azmin Ali perlu lihat graf kes baharu dan kematian Covid bagi Malaysia berbanding negara-negara ASEAN dan juga purata dunia bagi tempoh pentadbiran kerajaan PN yang tumbang pada Ogos 2021.

Bagi kes kematian, berdasarkan data sehingga pertengahan bulan September 2021 memandangkan kerajaan PN banyak menyorok kes kematian. Backlog ini akhirnya dilapor oleh kerajaan baharu.

Dalam tempoh tersebut, Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia. Kerajaan PN juga laksanakan lockdown separuh masak dengan tempoh antara paling panjang dalam dunia sehingga kita tidak dibenarkan rentas negeri dan balik kampung bagi dua tahun berturut. Malaysia asyik ditangga tercorot indeks-indeks Covid (Bloomberg, Nikkei, The Economist) masa itu.

Malaysia juga satu-satunya negara yang laksanakan darurat untuk mengantung parlimen begitu lama sehingga Raja-Raja Melayu dan YDPA bertitah agar darurat tidak diteruskan.

Malah Malaysia satu-satunya negara di ASEAN yang diturunkan penarafan sehingga Malaysia akhirnya kehilangan penarafan gred A kita sejak berpuluh tahun lalu.

Zaman kerajaan PN adalah zaman “move, tutup. move tutup”, zaman ramai bunuh diri atau angkat bendera putih dan zaman kerajaan perlu rayu kepada rakyat derma kontena untuk simpan mayat.

Jadi rakyat Johor, pastikan anda tidak mengundi Perikatan Nasional yang hanya tahu membawa kesengsaraan kepada rakyat semata-mata.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker