Mat Sabu elok ikut jejak Dr Dzulkefly Ahmad umum tidak bertanding dalam PRU-15

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding dalam PRU15, menyifatkan tempoh dua penggal memegang kerusi itu sudah memadai buatnya.

Memetik laporan The Malaysian Insight semalam, Dzulkefly yang juga pengarah strategik Amanah berkata “tekadnya sudah bulat” dan ia telah pun dimaklumkan kepada pimpinan parti.

“Saya sudah dua penggal di Parlimen dan 22 bulan sebagai menteri. Saya harap saya boleh lakukan lebih banyak lagi.



“Setakat ini apa yang saya bimbang ia sudah selesai. Ia sudah pun berakhir,” katanya seperti dipetik.

Menurutnya, khidmat selama dua penggal sudah cukup untuk ahli politik dan sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada pemimpin muda.

“Dalam kes ini ia akan memberikan perubahan kepimpinan yang konsisten dan berterusan serta inilah yang hilang dalam politik Malaysia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata dia selepas ini ingin memainkan peranan lebih penting dalam membentuk pemimpin muda di Malaysia.



Kenyataan itu beberapa minggu selepas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mengumumkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU akan datang.

Tewas dalam PRU 1999 dan 2004, Dzulkefly mula menjadi ahli parlimen setelah menang di Kuala Selangor pada PRU 2008.

Dia kemudian tewas di tangan calon BN Irmohizam Ibrahim pada PRU dengan perbezaan 460 undi sebelum kembali merampas semula kerusi itu pada PRU lalu dengan majoriti 8,498 undi.

Dia turut dilantik menjadi menteri kesihatan sehingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker