Lelaki Maut Tercampak Keluar Dalam Nahas 3 Kenderaan

Lelaki Maut Tercampak Keluar Dalam Nahas 3 Kenderaan

SEREMBAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 244.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa Muhammad Fitriazrul Hashim, 21, yang memandu kereta Honda Jazz meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaannya.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, hasil siasatan awal mendapati, sebuah kereta Honda CRV yang sedang bergerak dari arah Kuala Lumpur menuju ke Melaka telah dilanggar oleh kereta Honda Jazz dipandu mangsa dari arah belakang.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang tengah jalan sekali gus menyebabkan tercampak keluar dari kenderaan.

“Kemudian sebuah kereta jenis Mercedes di lorong kanan arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.

Nanda berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi proses bedah siasat.

“Bagaimanapun, pemandu Honda CRV lelaki berusia 65 tahun dan pemandu Mercedes lelaki berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987-SH

Lelaki Maut Tercampak Keluar Dalam Nahas 3 Kenderaan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker