Majikan akui ‘total lockdown’ pahit, tetapi perlu


Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” mungkin sukar diterima, tetapi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengakui ia adalah langkah perlu bagi menangani lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

Tetapi, Presidennya, Syed Hussain Syed Husman berkata, tidak patut timbul sebarang kekeliruan berhubung sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dan jumlah kakitangan perlu hadir, dengan harapan Putrajaya sudah mendapat pengajaran daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, penutupan penuh itu akan menjadi sangat sukar untuk kebanyakan majikan, khasnya perusahaan mikro yang akan menghadapi kemerosotan pendapatan.

“Sebelum ini, menteri kewangan memberi amaran sehingga 2.8 juta orang akan kehilangan pendapatan mereka dan sebanyak 40% PKS akan gulung tikar akibat penutupan penuh.

“Dengan kerugian dijangkakan sekitar RM2.4 bilion sehari, sama seperti ketika PKP 1.0, kerajaan perlu memperkenalkan lebih banyak pakej rangsangan, termasuk subsidi upah dan bantuan kewangan kepada perniagaan dan individu.

“Moratorium pinjaman automatik juga perlu diperkenalkan semula supaya perniagaan dan individu boleh terus bertahan dan meneruskan operasi mereka,” katanya dalam kenyataan.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa Putrajaya mempercepatkan perbelanjaan yang diperuntukkan dalam belanjawan untuk projek kecil dan sederhana kerana ini dapat menyokong permintaan domestik.

Katanya, institusi kewangan perlu terus menawarkan bantuan pembayaran semula disasarkan, manakala geran “one-off” patut diberikan kepada perniagaan mikro dan peniaga kecil.

Ia turut mencadangkan pemberitan tunai harian atau mingguan sehingga RM600 kepada pengusaha teksi, pemandu e-hailing dan penjaja, selain melanjutkan program subsidi upah kerajaan.

MEF dan NCCIM juga menggesa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dipercepatkan kerana ia adalah kunci untuk mencapai imuniti kelompok dan memastikan negara kembali kepada keadaan normal. FMT

Suka atau tidak, ‘total lockdown’ mesti dilaksana; rakyat setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker