Suka atau tidak, ‘total lockdown’ mesti dilaksana; rakyat setuju


Berita mengenai penutupan penuh selama dua minggu mulai 1 Jun disambut dengan kelegaan oleh ahli politik dan pengguna media sosial yang mengatakan ia satu keperluan.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata penutupan penuh adalah langkah “baik” memandangkan sistem kesihatan awam berada di ambang keruntuhan.

“Mari kita lakukan saringan besar-besaran dan vaksinasi secepat mungkin. Harap gunakan klinik swasta untuk mempercepat pemberian vaksin,” katanya kepada FMT.

“Terdapat ribuan klinik di seluruh negara di bandar dan luar bandar. Mari manfaatkan sepenuhnya sumber yang ada.”



Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, bagaimanapun berkata, penutupan itu seharusnya dilaksanakan lebih awal.

“Yang penting sekarang kita melakukan saringan besar-besaran dalam dua minggu ini. Kita juga memerlukan pelaburan besar dan segera dalam infrastruktur perubatan dan bantuan untuk rakyat serta perniagaan.

“Penutupan ini harus menjadi yang terakhir, jadi kerajaan perlu mengembangkan rancangannya untuk memastikan itu yang terakhir,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Tambun dari Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, memuji keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh, menyifatkannya sebagai langkah “berani”, walaupun ada kesannya terhadap ekonomi.



Beliau berkata, ia perlu kerana keadaan Covid-19 yang teruk, di mana kebanyakan hospital dan pusat kuarantin beroperasi dengan kapasiti penuh.

“Tanpa penutupan penuh, kes ini akan terus meningkat dan sistem kesihatan boleh runtuh.

“Menurut kenyataan PMO, Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan tidak lama lagi. Kami berharap sektor swasta, terutama bank, dapat membantu kerajaan demi rakyat.”

Di Twitter, ramai yang menyambut baik pengumuman itu, walaupun ada yang kecewa kerana keadaan sudah sampai ke tahap ini.



“Dan… kita kembali ke titik awal. Saya tahu langkah itu perlu. Berharap penutupan ini akan menjadi yang terakhir bagi Malaysia,” kata pengguna Twitter, @jambufloyd.

Seorang lagi pengguna @ KaraSevde31, menggesa rakyat Malaysia untuk menjadikan penutupan kali ini berjaya.

“Kita berjaya melalui pusingan pertama dan kita akan berjaya sekali lagi! Kembali ke sifar kes sehari! Go Malaysia! ”

Pengguna lain @kuihsepotong, berkata rakyat mesti mendesak kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi.



Katanya, dua minggu penutupan penuh akan menyebabkan ramai terutama di sektor tidak formal akan kehilangan pendapatan.

“Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja banyak sudah habis.”

Kerajaan turut mengumumkan, Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan untuk rakyat dan industri yang terjejas susulan penutupan penuh tidak lama lagi.
FMT

Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker