Ada yang dapat janji temu vaksin tanpa persetujuan


Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mendapati ada individu mendapat janji temu bagi vaksin AstraZeneca kerana didaftarkan oleh pihak lain tanpa persetujuan mereka.

CITF dalam kenyataan hari ini berkata, semakan dan siasatan awal mendapati, beberapa slot vaksin itu ditempah bagi pihak lain dalam jumlah yang besar tanpa pengetahuan penerima.

CITF mendapati tempahan itu dilakukan menerusi beberapa alamat protokol internet (IP) sama.

“Kita mengambil maklum aduan sebilangan individu diberi janji temu bagi vaksin terbabit walaupun tidak pernah membuat tempahan.

“Antara aduan diterima termasuk janji temu diberi sebelum ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bukan AstraZeneca diganti dengan janji temu vaksin AstraZeneca,” katanya.

CITF berkata, pihaknya sudah menghubungi wakil SELangkah yang dikesan antara pihak membuat tempahan slot vaksin terbabit dalam jumlah banyak.

Katanya, pihak SELangkah memaklumkan ada membuat tempahan bagi slot AstraZeneca tanpa membuat semakan terlebih dahulu sama ada individu dalam pangkalan data Program Outreach Imunisasi COVID-19 Selangor (ImuniSEL) setuju menerima vaksin AstraZeneca, lalu menggantikan janji temu diberi terdahulu sekiranya ada.

“Pihak SELangkah memberi jaminan untuk bekerjasama dengan CITF bagi menyelesaikan isu berbangkit dan memastikan individu terbabit akan mendapatkan balik janji temu sebelumnya.

“Kesulitan ini akan diatasi sebaik mungkin dan CITF akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memastikan lebih ramai individu menerima vaksin supaya sasaran imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya. BH

CITF mohon maaf gangguan teknikal daftar vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker