Penjaga pusat jagaan berdepan 100 pertuduhan lakukan amang seksual

Penjaga pusat jagaan berdepan 100 pertuduhan lakukan amang seksual

Penjaga pusat jagaan berdepan 100 pertuduhan lakukan amang seksual

IPOH – Seorang kakitangan pusat jagaan anak yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 100 pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua penghuni pusat tersebut sejak tahun lalu.

Emeer Ahmad Ahmad Jaafar, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Dia didakwa melakukan amang seksual dan menunjukkan kemaluan kepada dua kanak-kanak lelaki adik beradik berusia 13 dan 10 tahun.

Perbuatan itu dilakukannya di beberapa lokasi antaranya di pusat jagaan itu sendiri, rumah kediaman di Bandar Seri Botani dan apartment di Cameron Highlands antara 1 November 2020 sehingga 9 April 2021.

Bagi kesemua 98 pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 15(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara, denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Robert S. Gnananarajan.

Hakim Priscilla membenarkan tertuduh dikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap 34 kes dengan jumlah keseluruhan jaminan sebanyak RM34,000 sebelum menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Terdahulu pada prosiding itu, tertuduh telah dipakaikan pakaian perlindungan diri (PPE) berikutan dia baharu saja selesai menjalani kuarantin pada 27 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Sepanjang prosiding itu juga, semua yang terlibat termasuk hakim, peguam, timbalan pendakwa raya, jurubahasa, polis turut mengenakan PPE sambil dibantu tiga pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kawalan.

Kosmo! semalam melaporkan, kejadian menimpa dua beradik tersebut terbongkar selepas mereka menceritakan perbuatan terkutuk lelaki itu kepada bapa saudara yang kemudian membuat laporan polis.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut di beberapa lokasi termasuk di Cameron Highlands sejak November tahun lalu. K Online

Penjaga pusat jagaan berdepan 100 pertuduhan lakukan amang seksual


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki ditahan kes amang seksual anak yatim dua beradik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker