UMNO gerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiga minggu lagi

UMNO gerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiga minggu lagi

UMNO gerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiga minggu lagi

Biro Kebajikan UMNO sedang dalam perancangan untuk menghulur bantuan kepada penduduk Gaza.

Misi bantuan kemanusiaan itu dijangka berlepas dari tanah air ke sana dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menurut Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, parti itu tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk turut sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Islam di sana yang saban hari ditindas oleh rejim Zionis.

Abdul Azeez berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung perancangan Biro Kebajikan UMNO dan memaklumkan mengenai misi yang akan digerakkan itu.

“Presiden juga memberitahu dalam perbincangan dengan pemimpin Hamas iaitu Ismail Haniyeh telah dmaklumkan bahawa keperluan utama yang diperlukan ketika ini ialah bekalan perubatan selain peralatan untuk pembedahan,” kata Abdul Azeez dalam sidang media secara maya pada Khamis.

Dalam masa sama, beliau berkata, Biro Kebajikan UMNO juga sedia maklum keperluan semasa lain yang diperlukan oleh rakyat Palestin terutamanya membabitkan bangunan dan rumah yang telah hancur dibedil oleh Israel.

“Kali ini kita akan pergi bersama beberapa wakil dari syarikat pemaju untuk melihat sendiri dan menentukan bentuk bantuan pembinaan rumah dan bangunan di sana. Kita juga minta agar CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) untuk tampil menawarkan bantuan untuk bina bangunan yang runtuh,” kata beliau lagi.

Menurut Abdul Azeez, tujuan mempelawa syarikat pemaju, wakil CIDB dan pihak-pihal lain dalam misi bantuan kemanusiaan itu bagi mengelakkan tercetus fitnah ke atas dirinya menyalahgunakan dana yang disumbangkan oleh pelbagai pihak bagi rakyat Palestin seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau turut memberitahu, bekalan makanan yang ingin disalurkan kepada rakyat Palestin juga akan dibeli di sana berikutan kekangan COVID-19.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, surat kebenaran untuk misi ini juga akan dihantar ke pejabat Kementerian Dalam Negeri selain kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Kementerian Luar.

Serangan terbaharu Israel terhadap Palestin beberapa minggu lalu menyaksikan lebih 17,000 kediaman dan bangunan musnah yang menyebabkan lebih 15,000 keluarga umat Islam kehilangan tempat berteduh. Awani

UMNO gerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiga minggu lagi


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Beri moratorium pukal bukan bersasar, luas bantuan kepada M40

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker