Jiran DiBunuh Kerana Tegur Anak

Jiran DiBunuh Kerana Tegur Anak

Jiran DiBunuh Kerana Tegur Anak

Teluk Intan: Gara-gara menegur anak jiran yang membuat bising di hadapan rumahnya menjadi motif pembunuhan lelaki di tapak pembinaan perumahan Taman Desa Maju Perak, Langkap, di sini, 13 Mei lalu.

Dalam kejadian pada 6.45 petang itu, mangsa berusia 29 tahun ditemukan dalam keadaan mengiring dalam semak dengan tangan kanan hampir putus dan berlumuran darah.



Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, motif itu didedahkan susulan penahanan suspek utama berusia 34 tahun bersama empat lelaki lain, 25 Mei lalu.

“Motif pembunuhan adalah disebabkan suspek marah kepada mangsa kerana menegur anaknya membuat bising menunggang motosikal di hadapan rumah mangsa.

“Mangsa dan suspek utama adalah jiran selang dua buah rumah teres,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, suspek dan empat lelaki berusia antara 20–an hingga 30-an direman untuk membantu siasatan dan suspek utama akan didakwa di Mahkamah Teluk Intan, esok.



Menurutnya, empat individu lain akan diberi jamin dan diikat bon mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah untuk dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

“Suspek utama akan dituduh mengikut Seksyen 302, Seksyen 326 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa di tempat kejadian dan mendatangkan kecederaan parah kepada kawan mangsa,” katanya.

Pada 14 Mei Harian Metro melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati dengan tangan kanan hampir putus dan berlumuran darah dipercayai dibunuh di tapak pembinaan berkenaan.

Dua lagi lelaki berusia 19 dan 25 tahun yang juga rakan mangsa parah dalam kejadian itu.-HM



Jiran DiBunuh Kerana Tegur Anak


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Anak pukul ibu bapa dengan kayu hanya kerana ditegur buat bising

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker