6 dikompaun RM20K kerana ‘dine-in’

6 dikompaun RM20K kerana ‘dine-in’

Enam individu termasuk pemilik sebuah premis makanan di kompleks perniagaan ternama di ibu negara dikompaun keseluruhan RM20,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Azman Ayob, berkata dalam pemeriksaan 12.45 tengah hari kompaun RM10,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis.

Katanya, lima lagi pelanggan pula dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima pelanggan sedang menjamu selera di premis tersebut dengan melanggar arahan SOP PKP iaitu tidak dibenarkan ‘dine-in’ di premis makanan. FMT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mereka yang gagal membayar kompaun akibat kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 boleh dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata, setiap undang-undang dibuat merangkumi kesalahan iaitu larangan daripada melakukan sesuatu perkara dan ada peruntukan mengenai hukuman ataupun penalti.

6 dikompaun RM20K kerana ‘dine-in’


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ditahan kerana solat Isyak berjemaah, 37 individu selawat atas trak polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker