[VIDEO] Makan ‘Angin’ Angkut Ular Sawa 250kg Naik Motosikal

[VIDEO] Makan ‘Angin’ Angkut Ular Sawa 250kg Naik Motosikal

‘Bersiar-siar’ menunggang motosikal sambil membawa ular sawa gergasi yang sengaja dililit pada pinggang.

Video tular sejak beberapa hari lalu itu mengundang pelbagai reaksi netizen susulan saiz ular sawa batik itu yang amat besar dan dipercayai seberat lebih 200 kilogram.

Melalui video tular berdurasi 21 saat itu, lelaki dipanggil `pak Abu’ terbabit dilihat menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan sebelum perbuatan mereka dirakam seorang individu lain.

“Pak Abu’ yang membawa motosikal itu dilihat mengangkat tangan tanda gembira manakala ular itu seolah-olah dalam keadaan jinak dengan melilit pinggangnya.

“Reptilia itu saya tangkap di Kampung Lubuk Simpul, di sini. Semasa membawa ular itu (atas motosikal) saya telah menjinakkannya terlebih dahulu bagi mengelakkan reptilia tersebut bertindak agresif,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, dia terkejut apabila rakaman itu tular selepas dimuat naik ke laman sosial Facebooknya.

Katanya, setiap kali reptilia itu ‘menceroboh’ masuk ke kawasan rumah atau kebun, penduduk kampung akan terus menghubunginya bagi menangkap haiwan berbisa tersebut.

Anak kelahiran Kampung Guchil itu berkata, dia sudah sebati melakukan kerja-kerja tersebut walaupun berdepan bahaya.

Bagaimanapun pada masa sama, dia mengakui sentiasa berwaspada setiap kali berhadapan dengan haiwan berbisa itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, video tular berkenaan dikesan berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Mei lalu.

Ular sawa itu ditangkap

Menurutnya, ular sawa itu ditangkap di kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai, pada jam 6 petang Jumaat lalu oleh individu bernama Mohd Hamdan Mahadi, 34, dan pemilik kebun getah berkenaan.

“Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

“Mereka sebelum itu bertindak menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia’ buas itu,” katanya tadi.

Kadir berkata, Hamdan memohon maaf susulan tular video berkenaan yang bukan dirancang olehnya.

“Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai,” katanya.-HM/SH

[VIDEO] Makan ‘Angin’ Angkut Ular Sawa 250kg Naik Motosikal


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Wain Ular Tidak Menjadi, Lelaki Dalam Keadaan Kritikal Di Patuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker