Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah

Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah

Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri Palong, Datuk Mustapha Nagoor berbesar hati menganjurkan program ‘Bag To School’, yang merupakan antara inisiatif kebajikan berterusan bagi membantu meringankan beban ibu bapa khususnya menjelang sesi persekolahan baharu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan, selari dengan keperluan semasa masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, hari ini Pak Mus berkesempatan menyantuni warga Palong dengan penyerahan sumbangan beg sekolah kepada 600 orang penerima awal yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan.

“Untuk makluman, semua permohonan dibuat melalui aplikasi “Palong Kito Punyo” dan sebanyak 813 permohonan telah diterima melalui aplikasi ini. Team Pak Mus telah meneliti satu persatu permohonan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

“Alhamdulillah, daripada 813 permohonan yang diterima, seramai 775 pemohon telah berjaya melepasi tapisan kelayakan namun hanya 600 pemohon awal Pak Mus terima untuk disampaikan pada hari ini. Berbaki 175 permohonan insya-Allah Pak Mus akan santuni dalam masa yang terdekat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026


Menurut beliau, sumbangan berkenaan dizahirkan sebagai tanda keprihatinan sekali gus membantu anak-anak melangkah ke alam pembelajaran dengan lebih yakin dan ceria.

Mustapha juga merakamkan penghargaan atas sokongan serta kepercayaan berterusan warga Palong terhadap kepimpinan beliau, sambil berharap sumbangan tersebut membantu persiapan sekolah yang bakal tiba.

“Sumbangan ini adalah tanda kasih sayang Pak Mus kepada para ibu bapa yang berusaha untuk melengkapkan keperluan anak-anak kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2026 agar anak-anak dapat melangkah ke alam pembelajaran dengan lebih yakin dan ceria

“Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan warga Palong. Semoga sumbangan kecil ini akan memperteguhkan kebersamaan kita di DUN Palong ini,” ujar beliau. – UMNO Online

Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker