Heliza & Hazwani Helmi kongsi detik cemas di Palestin (Video)

Heliza & Hazwani Helmi kongsi detik cemas di Palestin (Video)

Aktivis kemanusian, Datin Seri Heliza Helmi mendedahkan dia pernah berdepan detik cemas apabila hampir dibom oleh tentera zionis Israel ketika berada di Gaza beberapa tahun lalu.

Menerusi temu bual eksklusif dalam program Show Dalam Bilik, Heliza berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa rakyat Palestin sedang meraikan kemenangan. Namun secara tiba-tiba datang dua kereta kebal milik Israel di hadapan mereka.



Ada satu ketika itu saya dan pasukan pergi ke satu tempat untuk meraikan kemenangan Gaza. Tiba-tiba datang datang dua buah kereta kebal yang muncul depan kami, kemudian bertanya kereta kebal milik siapa.

Rupanya itu kereta kebal milik tentera musuh, kereta itu berpusing menghadap kami, kemudian kami berlari untuk selamatkan diri. Allah lindungi kami, mungkin tentera musuh nak lepaskan bom, tapi mungkin tidak berjaya. Mereka patah balik.

Itu adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan kereta kebal musuh secara dekat.

Selain itu, Heliza turut berkongsi pengalaman dia bersembunyi dalam liang lahad kerana mahu mengelak daripada serangan Israel.



Misi-misi yang lain pula, Allah beri rezeki pada saya. Kalau ada yang masih ingat, saya pernah kongsikan sebelum ini, saya pernah bersembunyi dalam liang lahad sebelum lari masuk van dan pecut untuk selamatkan diri. Sebab waktu itu ada dua serangan dari udara dan darat.

Selang beberapa minit, tempat yang saya dan pasukan tinggalkan itu telah dihujani dengan bom. Itulah antara momen yang saya hadapi.

Dalam pada itu, adik kepada Heliza iaitu Hazwani Helmi turut berkongsi pengalaman ketika dia bersama beberapa rakyat Palestin diperhatikan oleh drone milik Israel.

Ada juga sekali itu, saya sedang berborak dan duduk dengan rakyat Gaza, Tiba-tiba ada datang satu bunyi, saya tanya mereka bunyi apa itu, mereka jawab bunyi drone.



Mereka kata itu adalah drone milik Israel, saya terus terkejut bila tahu. Saya kata adakah kita sedang diperhatikan. Mereka kata, ya memang sedang diperhatikan. Itulah Israel, mereka takut, setiap hari akan perhatikan rakyat Gaza. OB

Heliza & Hazwani Helmi kongsi detik cemas di Palestin (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker