Polis akan panggil Rafizi berhubung fitnah ke atas Latiff

Polis akan panggil Rafizi berhubung fitnah ke atas Latiff

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 iaitu menyebarkan kenyataan jelik.

Semalam pegawai kepada Abdul Latif membuat laporan terhadap Rafizi dengan merujuk hantaran di sosial media yang disifatkan sebagai fitnah bertujuan merosakkan nama baik Ahli Parlimen Mersing itu.

“Pengadu menafikan dakwaan bahawa Latiff mempunyai isteri kedua yang mendapat kontrak pertahanan yang bernilai puluhan juta ringgit bagi LCS semasa beliau menjadi timbalan menteri,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, bekas ahli parlimen Pandan itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Semalam, Latiff berkata, dakwaan Rafizi, termasuk bahawa beliau mempunyai seorang isteri yang dikaitkan dengan dua syarikat terbabit dalam penyelewengan dana projek itu, bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya dan menghasut rakyat.

Latiff merujuk kepada tindakan Rafizi menamakan seorang wanita, Zainab Salleh, yang disebut dalam laporan audit forensik mengenai projek itu.

Beliau telah berulang kali menafikan wanita itu ialah isterinya dan mencabar Rafizi untuk membuktikan perkahwinannya dengan Zainab. FMT

Polis akan panggil Rafizi berhubung fitnah ke atas Latiff


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker