Suami isteri sempat keluar kereta sebelum terbakar

Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kereta di Bandar Seri Jempol, petang tadi. IHSAN BOMBA

JEMPOL – Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar membantu menyelamatkan nyawanya serta isteri dalam kejadian di persimpangan empat lampu isyarat Bandar Sri Jempol, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.44 petang itu, kereta jenis Chery Easter dinaiki mangsa, A. Maniyarasan, 50-an bersama isterinya musnah 70 peratus akibat kebakaran terbabit.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd. Hazreen Mohd. Zahar, sebaik tiba di lokasi, api sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian.

“Kejadian disedari oleh mangsa yang dalam perjalanan dari arah Muazzam, Pahang ke kediamannya di Rantau melihat asap keluar daripada kereta berkenaan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.



“Mangsa kemudiannya memberhentikan kenderaan tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat tersebut. Mangsa dan isterinya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker