PKP di Sarawak mulai 29 Mei

Sarawak akan berada di bawah sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) dari 29 Mei hingga 11 Jun.

PKP – yang akan melarang aktiviti sosial dan keagamaan – akan dilaksanakan hanya beberapa hari menjelang perayaan Gawai.

Walau bagaimanapun, perincian mengenainya masih belum disiarkan.

Sarawak dan Sabah sebelum ini tidak mengikuti Semenanjung Malaysia dalam melaksanakan PKP bermula 12 Mei lalu, sebaliknya melaksanakan PKP bersyarat (PKPB).

Hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa terdapat 772 kes Covid-19 baru di Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN), terdapat banyak kes baru di Sarawak baru-baru ini kerana ketidakpatuhan pada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, terutamanya semasa cuti Hari Raya.

AstraZeneca tidak lagi ditawar secara sukarela, akan kembali ke PICK

“Mengambil kira situasi Covid-19 di Sarawak yang semakin meruncing, situasi fasiliti kesihatan yang kritikal, dan tambahan lagi dengan varian baru (VOC) yang telah dikesan di Sarawak baru-baru ini, kita perlu mengambil tindakan yang lebih drastik untuk mengawal jangkitan Covid-19 sekarang, sebelum kita berada di situasi yang lebih parah lagi,” kata JPBN.

JPBNS mengatakan bahawa purata kes harian dalam jangka masa seminggu telah meningkat secara berterusan dan berada pada kadar 623 setakat hari ini.

Pada masa ini, terdapat 81 pesakit positif Covid-19 di Sarawak yang menggunakan katil di unit rawatan rapi, dan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

JPBNS juga menasihatkan orang ramai, terutamanya mereka yang akan menyambut Hari Gawai agar mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

“Sambutlah Gawai dengan ahli keluarga yang tinggal serumah sahaja atau di ‘bilik’ (Rumah Panjang) masing-masing atau mengunakan teknologi berhubung secara maya.

“Jangan balik rumah panjang atau kampung, duduk di rumah sahaja, jangan melakukan sebarang aktiviti ziarah atau ‘ngabang’, jangan berkumpul di suatu tempat atau ruai, usah menganjurkan aktiviti sabung ayam, dan sentiasa mematuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan.

“Semua ini adalah kerana kita menyayangi dan ingin melindungi keluarga, jiran dan rakan kita. Budaya, tradisi, adat dan identiti kita tidak akan hilang tanpa meraikan perayaan tahun ini,” katanya.

Peningkatan kes Covid-19 tahap 4 dan 5 buat menteri bimbang

 

PKP di Sarawak mulai 29 Mei

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ebit Lew berlepas bersama misi kemanusiaan ke Gaza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker