Peningkatan kes Covid-19 tahap 4 dan 5 buat menteri bimbang



Sebaran :

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes pesakit Covid-19 tahap empat dan lima sejak kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 15 peratus pesakit pandemik itu direkodkan ketika ini berada pada itu berbanding hanya lima peratus sebelum ini.

Katanya, terdapat kes di mana pesakit yang pada mulanya tidak bergejala dan dibenarkan menjalani kuarantin kendiri di rumah tetapi berada di tahap tersebut selepas itu.



“Pesakit tahap empat mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen manakala sekiranya berada pada tahap lima, pesakit perlu diventilasi.

“Bagi mereka yang berada (kuarantin) di rumah, pada mulanya tidak bergejala tetapi terus berada di tahap empat dan lima supaya segera terus ke hospital,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Untuk rekod, pesakit tahap lima adalah tahap jangkitan yang kritikal di mana kebanyakan organ lain dalam tubuh sudah mula terjejas akibat jangkitan Covid-19.



Mengulas lanjut, Adham berkata, gelombang ketiga penularan Covid-19 itu menyerang golongan muda dengan majoriti mereka berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun.

Graduan PhD tidak diiktiraf, Ini maklumbalas UPM

“Berbanding gelombang sebelum ini yang menyerang warga emas di mana trend peningkatan jangkitan ketika ini adalah mereka yang muda di bawah 40 tahun,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Adham mendedahkan pihaknya mengesan seramai 870 petugas kesihatan yang mendapat jangkitan Covid-19 selepas mendapat dos vaksin menerusi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula akhir Februari lalu hingga April.



Menurut beliau, pihaknya mendapati seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu sejak setahun lalu.

“Seramai 219 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas mendapat satu dos vaksin atau 16 peratus daripada keseluruhan petugas yang dijangkiti,” tambahnya.

Katanya lagi, bagi petugas yang sudah mendapat dua dos vaksin, seramai 651 dikesan dijangkiti Covid-19 manakala 499 lagi dijangkiti sebelum mereka mendapatkan pelalian. – MalaysiaGazette



Siti Nurhaliza, Ustaz Don, UAI Antara Yang Dikompaun

Peningkatan kes Covid-19 tahap 4 dan 5 buat menteri bimbang

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ebit Lew berlepas bersama misi kemanusiaan ke Gaza

 


Sebaran :


Leave a Reply