MetMalaysia nafi gempa bumi di Gua Musang

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan mesej tular berhubung dakwaan kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang, Kelantan semalam.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, sebaliknya mesej tersebut berkaitan kejadian gempa bumi di Indonesia.



“Mesej tular itu tersebar melalui sebuah laman sesawang agensi luar negara memaparkan maklumat gempa tersebut terjadi di Gua Musang, Kelantan, 59 kilometer timur laut Ipoh, Perak, bermagnitud 5.1 pada skala Richter pukul 9.38 malam semalam..

“Pihak MetMalaysia menafikan dakwaan itu tetapi gempa tersebut berlaku di Utara Sumatera Indonesia dengan magnitud 4.6 skala Richter pukul 9.38 malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa atau tsunami.

“Sila dapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui laman web MetMalaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau hotline di talian 1-300-22-1638, ujarnya. – K! ONLINE



Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker