Nahas LRT pertama dalam 23 tahun, Putrajaya tubuh pasukan petugas

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menyiasat pelanggaran dua kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) malam ini yang merupakan kemalangan pertama dalam 23 tahun operasinya.

Menterinya, Wee Ka Siong berkata, hasil siasatan akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.

Katanya, beliau hanya akan menerima laporan awal daripada Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) esok.



“Prasarana (Malaysia Berhad) akan memberikan kemas kini mengenai operasi kereta api esok,” katanya di lokasi kejadian sambil menambah pihak berkuasa kereta api sedang membersihkan landasan ketika ini.

Beliau berkata, fokus sekarang ialah rawatan buat mangsa cedera dan pampasan oleh Prasarana untuk semua mangsa akan dibincangkan kemudian.

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC



Setakat ini, 47 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan serius, manakala 166 lagi cedera ringan, susulan pertembungan dua tren LRT antara stesen Kampung Baru dan KLCC yang dipercayai berada di laluan sama.

Polis berkata, siasatan awal mendapati salah sebuah tren itu rosak dan sedang dipandu uji dan kejadian itu berlaku akibat ‘miscommunication’ pusat kawalan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, beliau memandang serius kemalangan itu dan mengarahkan Kementerian Pengangkutan serta Prasarana melakukan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca pelanggaran dan tindakan tegas diambil segera

“Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa kemalangan dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan menyeluruh, memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik Covid-19 yang sedang meningkat naik,” katanya di Facebook



Malaysia atasi India bagi kes jangkitan Covid-19 per kapita

Nahas LRT pertama dalam 23 tahun, Putrajaya tubuh pasukan petugas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




PKP : Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker