Lepaskan barang curi selepas disergah ‘tuan rumah’

Lepaskan barang curi selepas disergah ‘tuan rumah’

KUALA LANGAT – Seorang penjenayah bertindak melepaskan barang yang mahu dicuri demi menyelamatkan diri daripada dicekup penghuni rumah dalam kejadian di Taman Bentara, Telok Panglima Garang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pengadu berusia 30-an yang bekerja sebagai jurutera hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu isterinya pada jam 2.43 petang.



Menurutnya, ketika isteri bersama bapa mentua pengadu berada di rumah, tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali masuk dengan membuka pagar rumah terbabit.

“Suspek telah dilihat mengambil ‘pump water jet’ sebelum cuba dibawa lari dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Seorang lelaki gagal melarikan barang yang hendak dicuri selepas disergah penghuni rumah dalam kejadian di Taman Bentara, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Isnin.

LRT bertembung: Prasarana senarai barang penumpang terlibat



“Namun, suspek terpaksa melepaskan barang terbabit selepas disergah bapa mentua pengadu sebelum suspek berjaya melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, kejadian itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah pengadu dan tular di media sosial Facebook.

Justeru, pihaknya meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu pihak polis bagi mengesan suspek.



“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Insiden LRT: Polis minta orang ramai jangan buat spekulasi

Lepaskan barang curi selepas disergah ‘tuan rumah’


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

Lapan ahli keluarga Exco Perak Zainol Fadzi positif COVID-19



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker