Insiden LRT: Polis minta orang ramai jangan buat spekulasi

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah meminta orang ramai memberi ruang kepada pasukan panel penyiasat khas untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden itu.

“Dalam tempoh ini, orang ramai atau mana-mana pihak janganlah cuba membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan individu yang mengaitkan insiden berkenaan dengan serangan siber.

 

Semalam, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden terbabit.

– Bernama

 

Insiden LRT: Polis minta orang ramai jangan buat spekulasi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


PKP : Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker