Lelaki ditahan bawa pisau dalam masjid, ganggu jemaah


Georgetown: Lelaki ditahan polis di Masjid At-Taqwa, Gelugor di sini, semalam selepas mengganggu jemaah yang menunaikan solat.

Lelaki berusia 35 tahun itu didapati membawa sebilah pisau yang disimpan di dalam beg sandangnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 8.25 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah.

“Suspek yang memakai baju Melayu warna hijau kemudian ditahan polis yang ke tempat kejadian.

“Pemeriksaan menemukan sebilah pisau berukuran 13 sentimeter di dalam beg sandang warna hitam dibawanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, siasatan mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja.

Katanya, suspek turut mempunyai dua rekod lampau berkait jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga 24 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. HM

India robohkan masjid berusia 112 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker