India robohkan masjid berusia 112 tahun

India robohkan masjid berusia 112 tahun
India robohkan masjid berusia 112 tahun

New Delhi: Sebuah masjid berusia 112 tahun di utara India dirobohkan pihak berkuasa tempatan Isnin lalu dengan alasan ia struktur haram.

Ia dianggap keterlaluan kerana mahkamah sudah memutuskan larangan sebarang tindakan diambil terhadap bangunan yang terletak di bandar Ram Sanehi Ghat, Barabanki itu sehingga 31 Mei ini.

Kini, umat Islam di Uttar Pradesh ketakutan yang mereka sifatkan tindakan merobohkan masjid itu satu provokasi terburuk sejak kejadian Masjid Babri abad ke-16 dimusnahkan perusuh Hindu di negeri jiran, Ayodhya, pada 1992.



Ahli komuniti masjid berkenaan, Mohammed Nasim berkata, penduduk terkejut dan ketakutan selepas masjid berkenaan dirobohkan.

“Masjid ini sudah digunakan orang ramai sejak beberapa dekad lalu dan perobohannya amat mengejutkan penduduk yang takut ditangkap atau diambil tindakan jika membantah tindakan pihak berkuasa itu.

“Apa penting sangat ke robohkan masjid ini ketika semua sedang berjuang melawan pandemik?” katanya kepada Arab News.

Sementara itu, Majistret Daerah Barabanki, Dr Adarsh Singh menafikan mereka melakukan kesalahan.



“Saya tidak tahu ada mana-mana masjid dirobohkan.

“Itu hartanah haram,” katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pusat Waqaf Sunni, Uttar Pradesh Zufar Farooqui mempertikaikan kenyataan berkenaan.

“Tidak dinafikan masjid itu terletak di hadapan kediaman rasmi majistret daerah selama bertahun-tahun.



“Tetapi, macam mana masjid itu boleh menjadi struktur haram.

“Ia didaftarkan dengan pihak kami,” katanya.

Pada 15 Mac lalu, pejabat daerah meminta komuniti masjid memohon pengesahan pemilikan masjid itu.

Komuniti berkenaan berkata, mereka sudah menghantar semua dokumen diperlukan dan pada hari sama memfailkan kes itu ke mahkamah tinggi kerana kebimbangan dirobohkan.



Mahkamah memberitahu, pejabat daerah hanya melihat sahaja dokumen berkenaan.
HM

India robohkan masjid berusia 112 tahun


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


China roboh sekitar 16,000 masjid di Xinjiang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker