Pakai Niqab Tanpa Pelitup Muka Salah – Ismail Sabri

Tidak memakai pelitup muka meskipun telah memakai niqab merupakan satu kesalahan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian niqab tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memakai pelitup muka.

Beliau berkata, ini kerana pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan di bawah akta berkenaan.



“Tetapi untuk tambahan, boleh memakai face shield (topeng muka), itu sebagai tambahan, begitu juga niqab dan sebagainya.

“Jadi kalau memakai topeng muka dan niqab dan tidak pelitup muka di dalamnya, ia tetap salah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, selebriti, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dalam masa terdekat untuk diambil keterangan berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, perkembangan berhubung perkara itu akan dimaklumkan selepas tindakan selesai diambil.

Isu Penampilan Terbaharu Neelofa, Ini Penjelasan Perbezaan Niqab & Purdah Oleh Neelofa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker