Objek disyaki bom lama ditemui di Kampung Pisang bukan bom sebenar - Polis — MYKMU.NET

Objek disyaki bom lama ditemui di Kampung Pisang bukan bom sebenar – Polis

Sebaran :

KLUANG: Objek disyaki bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Kampung Pisang, Simpang Renggam, pada Rabu lalu bukan bom sebenar.

Melalui hantaran di Facebook, Polis Johor memaklumkan pemeriksaan lanjut oleh pasukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) mendapati objek yang disyaki bom itu adalah amunisi yang tidak mengandungi sebarang bahan letupan yang berbahaya.

Katanya UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama UPB IPD Kluang menjalankan tindakan menyelamat objek terbabit.



“Dalam kejadian pada 1.30 petang itu, penemuan UXO di tempat kejadian adalah hasil daripada kerja-kerja pembersihan kebun oleh penduduk tempatan di situ.

“Pihak polis Johor mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penduduk kampung yang sedar akan bahaya penemuan objek yang menyerupai bom lama zaman perang dunia dahulu.

“Sekiranya orang ramai menjumpai objek yang mencurigakan atau dipercayai bom, sila lapor dalam kadar segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Malah, orang ramai diingatkan juga supaya tidak mengusik, menggerakkan mahupun mengalih jika menjumpai objek seumpamanya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.-Awani


[VIDEO] 30 Bomoh Indonesia Dakwa Hantar Santau, Roket Ghaib Serang Israel


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: