Kertas siasatan Neelofa dihantar ke AGC semalam

Sebaran :

 

Kertas siasatan berhubung dakwaan rentas negeri usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail sudah diserah kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Nilai Superinden Mohd Fazley Ab Rahman menerusi kenyataan berkata kertas siasatan itu dihantar pada 2.30 petang.

“Berhubung isu pergerakan rentas negeri ke Nilai, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan berkaitan dengan perkara itu selaras Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.



Dua hari lepas, Muhammad Haris didakwa atas dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3 pada 2 Mei lepas.

Peguam tak puas hati BMW Neelofa, suami dibenar parkir dalam kawasan mahkamah

Noor Neelofa pula didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Pasangan itu, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, mengaku tidak bersalah dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Jun ini.


– Bernama

Samakan Nasib Neelofa Dengan Palestin, “Yang Tolong Backup Dia Pun Agak Agak Lah Wei..”- Netizen

Kertas siasatan Neelofa dihantar ke AGC semalam


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jangan salah faham hukum tinggal solat Jumaat tiga kali – Zulkifli

 


Sebaran :

Leave a Reply