Samakan Nasib Neelofa Dengan Palestin, “Yang Tolong Backup Dia Pun Agak Agak Lah Wei..”- Netizen

Hampir apa sahaja berkaitan dengan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa menjadi kontroversi.

Samakan Nasib Neelofa Dengan Rakyat Palestin 

Terbaharu, kelab peminatnya, @lofa.page turut terpalit dengan kontroversi apabila memuatnaik status di laman Insta-story dengan menyamakan dugaan yang dilalui oleh Neelofa sama seperti penderitaan rakyat Palestin ketika ini.

Dalam tangkap layar yang tular tersebut telah menyatakan selebriti popular itu seakan-akan dibuli di negara sendiri.



“Palestin dan Neelofa ada satu persamaan. Palestin ditindas atas tanah sendiri, Neelofa dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.

“Perbezaan? Palestin ditindas oleh bangsa Israel tetapi Neelofa dibuli oleh saudara seagama,” tulis pengendali akaun tersebut

Netizen Titip Pesanan Buat Peminat

Rata-rata pengguna berasa terkejut dengan kenyataan tersebut malah turut menitipkan pesanan buat peminat agar tidak terlalu taksub dengan selebriti kesayangan mereka.

“Sampai begini sekali taksub hero worshipnya. Why can’t these people be normal and just minat-minat gitu je? Saya dulu minat Hulk Hogan takdelah sampai begini sekali sanjungan itu” tulis salah seorang netizen

Sekadar info, Neelofa dan suami, PU Riz telah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan semalam atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.



Bagaimanapun, pasangan selebriti ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan PKPB. Memetik laporan Utusan Malaysia, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Manakala PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, jaminan sebanyak RM10,000 telah dikenakan atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Lanjutan kes akan dibicarakan pada 4 Jun depan.

Neelofa dan PU Riz tidak dikenakan tuduhan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker