Warisan tolak pelawaan Jeffrey sertai PN — MYKMU.NET

Warisan tolak pelawaan Jeffrey sertai PN



Sebaran :

Parti Warisan Sabah (Warisan) menolak pelawaan ‘kelakar’ daripada Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bendahari Warisan, Terrence Siambun berkata, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu mungkin terlupa untuk mengajak Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai PN secara rasmi, sebaliknya menumpukan kepada Warisan.

“Mungkinkah PBS, seperti Warisan, turut menolak tawaran Jeffrey untuk PBS menyertai secara rasmi dengan PN?.



“Kita menghargainya tetapi tidak apa, terima kasih, ” katanya dalam satu kenyataan medianya.

Untuk rekod, Dr Jeffrey baru-baru ini mendedahkan beliau tiada masalah dan menyokong pelawaan diberikan PBS kepada Warisan untuk menjadi sebahagian gabungan parti dalam PN.

Sebelum ini, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan keterbukaan pihaknya menghulurkan jemputan kepada Parti Warisan untuk mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN, sama ada sebagai ahli atau rakan kongsi.

Sementara itu, Terrence berkata, Dr Jeffrey perlu menyedari pemakluman Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk berkerjasama dengan PBS adalah sebagai respon ketika ditanya pengamal media.



“Datuk Seri Mohd Shafie merujuk kerjasama dengan PBS itu adalah berkongsi cabaran sama demi rakyat Sabah seperti Warisan lakukan dan bahawasanya Presiden PBS itu adalah kawan lama Mohd Shafie dan pernah menjadi pembela hak Sabah secara konsisten,” katanya.

ADUN Pitas nafi sokong Warisan, tubuh kerajaan Sabah baharu


Sebaran :


Leave a Reply