Tanah bernilai tinggi untuk SJKC, SMJKC?

Kerajaan DAP Pulau Pinang memperuntukkan sejumlah tanah di kawasan utama negeri itu, untuk projek pembinaan, perluasan dan penempatan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina.

Meskipun nilai tanah di Pulau Pinang sangat tingi dan kawasan yang boleh dimajukan juga terhad, sebanyak dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan empat SJKC menerima manfaat daripada insentif itu sejak tahun 2008.

Penyelaras Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Gooi Seong Kin berkata, sejak 2008, kerajaan negeri sangat menitikberatkan kemajuan pendidikan Cina menerusi banyak bantuan kepada sekolah, khususnya daripada segi kewangan meskipun bidang pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan Pusat.

“Selain itu, sejak peruntukan (kepada sekolah) diinstitusikan pada 2009, kerajaan Pulau Pinang menyalurkan RM100 juta kepada 90 buah SJKC, 12 buah SMJKC dan lima buah SMPC (Sekolah Menengah Persendirian Cina),” katanya seperti dipetik portal kwongwah.com.my pada 12 Mei lalu.



Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Seong Kin berkata, selain wang tunai, kerajaan negeri turut memberikan tanah yang bernilai tinggi untuk projek pembinaan, perluasan serta penempatan semula sekolah Cina.

Katanya, sejak 2008, sebanyak 25 ekar tanah telah diberikan kepada dua sekolah iaitu SMJKC Jit Sin II dan SMJKC Heng Ee, selain dimanfaatkan juga untuk SJKC Aik Hua, SJKC Beng Teik Cawangan, SJKC Kwang Hwa dan SJKC Yang Cheng Teluk Kumbar.

“Beberapa hari lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yew telah mewakili kerajaan negeri menyerahkan tanah simpanan untuk dimajukan seluas 4.3 ekar kepada SJKC Aik Hua, termasuk peruntukan RM15.7 juta untuk membiayai kos pmbinaan bangunan dan dewan sekolah.

“Pada masa sama, kerajaan Pulau Pinang juga sedang mengurus dan menyelaraskan hal berkaitan lebih 18 ekar tanah untuk pembinaan SJKC Chong Cheng dan SJKC Chung Shan,” katanya.



Orang Umno dalam Jemaah Menteri mungkin jadi buangan parti

Seong Kin berkata, selain membantu SJKC dan SMJKC – kononnya sebagai sekolah kerajaan – pihaknya tidak pernah melupakan sumbangan SMPC.

Selain peruntukan tahunan yang telah diinstitusikan, saguhati juga diberi kepada kakitangan SMPC bagi membalas jasa mereka kepada pendidikan Cina yang telah diperuntukkan sebanyak RM2.5 juta setakat ini, katanya.

Dia juga mendakwa, bahawa langkah kerajaan negeri itu membantu perkembangan pendidikan Cina sejak 2008 patut dijadikan contoh kepada seluruh negara, terutama kerajaan Pusat.

1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


SOP PKPB: Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah. Ikat Jamin RM15K

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker