Tindakan kejam lempar kucing dalam lombong – Animal Malaysia


Kejam dan tidak berperikmanusiaan!

Itu tindakan dua individu yang tergamak melempar kucing di dalam lombong seperti yang tular dalam video berdurasi 16 saat di media sosial.

Ia dipercayai berlaku satu lokasi di Johor.

Vidoe itu dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menerusi laman Facebook susulan aduan orang ramai yang kecewa melihat kezaliman terhadap binatang.



Persatuan itu memaklumkan pihaknya kesal akan tindakan kedua-dua pelaku itu yang keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.

“Risiko kematian sama ada lemas atau dimakan ikan bakal dihadapi kucing berkenaan selain mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Animal Malaysia berkata mereka yang mempunyai maklumat lanjut berhubung pelakuan kejam itu diminta segera menyalurkan maklumat ke WhatsApp di talian 016-6345464.

“Maklumat itu akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM2,000 kepada mereka yang berjaya menjejaki pelaku terbabit hingga didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal,”katanya. MG



Pencinta Haiwan Ini Dedikasi 2 Jam Sehari Berbakti Pada 100 Kucing Jalanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker